Friday, 1 April 2011

my Fav0urIte sInGer a.k.a JusTIn BIeber

   
dear my beloved blogger,

                                ari ni aku nak cite pasal penyanyi kesukaan aku..!! Justin Bieber..!! aku suka sangat kat dia.. suka3.. dia hensem,cute dan macho.. perghh memang melilih doe klau tengok dia.. sampai aku pon leh jadi gila.. haha xdala sampai macam tu.. mama cakap kalau kita minat kat seseorang kita hanya sekadar perlu minat dia sebagai seorang artis yang sudah semestinya ramai orang suka kan.. jangan terlampau taksub nanti boleh jadi syirik.. sebab terlalu memuja orang itu.. padahal dia pon manusia normal macam kita jugak.. kita ada mata dia pon ada mata dia ada hidung kita pon ada hidung..
                              aku dulu pon macam tu jugak.. memang taksub dengan justin bieber ni sampai kalau sehari tak tengok muka dia rasa macam makan tak kenyang tidur tak lena.. lebih kurang camtula.. tapi selepas mama cakap macam tu aku pon jaga jugakla tak mau terlampau taksub dengan dia.. aku takut tuhan murka pada aku.! kalau masuk bilik aku boleh tengokla memang banyak aku tampal muka justin bieber.. tapi apa pon  niat tu penting.. niat aku, aku just minat kat dia so aku lekat jewla sikit muka dia yang hensem tu..hehe..

                              sekarang sembang balik pasal justin bieber.. aku suka semua lagu dia antarnya ialah..: baby, one less lonely girl, favourite girl, one time, never say never dan banyak lagi la kalau cite sampai besok tak habis.. kan4.
                           sampai sekarang aku masih ingat macam mana yang aku leh minat kat justin bieber ni.. pada suatu hari yang mendung di sebuah sekolah yang cantik.. cehh buat cerita daa.. ada dua orang sahabat sedang berehat di sebuah tempat yang dikenali sebagai wakaf selepas penat menjaga kios.. kirnya aku ngan kawan baek aku mmg slalu lepak kat situ.. our favourite port.. ari tu plak kawan aku bawak fon.. aku pn cakapla kat kawan aku tu.." wei..... bukak la lagu, boring la" 
 lepas tu kawan aku pon bukak la lagu Baby dari justin bieber.. tapi waktu tu aku tak kenal lagi dengan justin bieber dan waktu tu justin bieber pon tak famous lagi.. bila aku dengar.. memang best!!.. first time ingat tu suara perempuan lagipon nama justin bieber pon nak macam nama pompuan so aku ingat tu perempuanla.. bila aku balik rumah aku nak dengar lagi lagu tu so aku bukak youtube dan search justin bieber baby.. bila tengok klip video tu aku baru tau yang justin bieber tu lelaki.!!haha.. lawak gla waktu tu.. so selepas tu aku mula la mengikuti perkembangan penyanyi kesayangan aku a.k.a Justin Bieber..! itulah kisah aku dengan justin bieber..dalam banyak penyanyi yang aku minat, justin bieber yang paling lama aku minat sampai sekarang.. sebelum ni penyanyi yang aku minat dlu tak lama sekejap jew, minat lepas tu aku dah tak minat dah..tpi tak justin bieber..!! dan sekarang ni yang aku paling teruja justin bieber nak datang Malaysia..!!( buat konsert kat kuala lumpur) tapi syang seribu kali sayang.. aku tak mungkin leh pi.. mama dan baba tak minat konsert suma ni.. hmmm sedih3.. apa pon aku sebagai peminat justin bieber.. aku kan terus sokong dia dan terus meminati dia.. haha... chaiyok justin bieber...!~



aBout Me..!! blogGEr Girlz....

hey, nama aku tiya.... aku masih seorang pelajar di sekolah menengah.. aku seorang happy, ceria dan kelemahan aku ni capat terasa, yang tu memang susah nak diubah.. hehe.. apa pon tujuan buat blog ni.. ialah untuk suka suka dan tiada kena mengena dengan yang mati.. tapi yang hidop tu ada la sikit..
   suma benda yang diceritakan di blog aku ni ialah benda betul.. yang aku lalui sepanjang aku hidup di tahun 2011.. kisah hidup aku.. suka aku benci aku.. sumanya ada.. so aku anggap ini diari aku.. aku nak luahkan kegembiraan aku dan kesedihan aku..

kenaPa Dia SlALu saKit HatI Dengan aku?

my beloved blogger,
                   ari ni aku bengang lagi, kali ini dengan abang aku sendiri. ya allah andai diberi kekuatan aku rasa macam nak campak jew abang aku tu kat luar.. dia memang erghh menjengkilkan..! ari ni jugak aku turut berdukacita coz mama tak tinggal kat aku roti canai. bagi pandangan orang len memang tu benda kecik tapi bagi pandangan seorang anak dia akan berasa sedih dan terasa diri tak dihargai..! setiap kali abang aku balik.. aku akan rasa sangat b.e.n.c.i dan tak suka.. jujur cakap walau sejahat mana abang aku buli aku tapi aku masih sayangkan dia.. dia tetap abang aku dan aku tetap adik dia.. sambung balik pasal roti canai tu.. mama suruh abang beli nasik tapi abang boleh buat lambat kiranya dia saja nak bagi aku sakit hati.!! kadang-kadang aku pernah aku nak berbaik baik dengan abang sendiri tapi... abang... abang yang selalu mulakan dulu.. aku ni kadang-kadang terkenal dengan mulut yang suka menjawab.. tapi aku terpaksa kan mulut aku dari menjawab sebab mama kalau dia marah, aku yang adik ni akan kena marah teruk.. alasan aku sebagai adik kena hormat abang walaupon abang tu buat apa ngan adik.. jangan menjawab.. itulah amanat mama kat aku.. kadang2 aku pernah melanggar amanat tu akhirnya aku dan mama akan bermasam muka berminggu minggunya...
           kalau abang dia nak kisah apa mama nak bermasam muka ke nak marah kat dia ke. dia dah tak kesah atau dalam erti kata lain abang dah tak heran dah.. sebab dia dah besar dah dok jauh dari kami iaitu aku, mama dan baba.. dia pon dah ada duit nak beli apa pon pakai duit dia dah..  dan lagi satu perangai abang aku yang paling aku benci ialah dia taakn mengalah walaupon dengan adik dia sendiri.! abang ego..! dan aku benci istilah itu.. tapi itulah kenyataanya.. abang seorang yang ego dan tak pernah lagi selama dengan aku abang akan mengalah walaupon benda itu kecik.. aku tak taula sampai bila perang adik vs abang akan terus berjalan.. aku jugak teringin nak rasa diri disayangi oleh abang.. abang yang sanggup buat apa saja untuk adiknya abang yamg boleh untuk adik menceritakan masalah dia.. seorang abang yang adik boleh kongsikan kegembiraan.. AKU NAK SEMUA BENDA ITU.!
           aku harap sangat abang leh jadi seorang abang yang aku idam idamkan itu... amin..

ciNta YanG HIlang

cinta yang hilang
ada cinta antara dia
cinta yang dipendam
tak pernah terlerai
dia benci, dia sayang
tak terluar dek perasaan
dia dan dia saling diam
menafikan cinta yang datang
akhirnya cinta itu hilanghilang bersama mimpi yang terpendam

cinta itu kian hilang
hilang bersama masa
hilang bersama derita

dia dan dia saling mencintai
dia dan dia saling melengkapi
dia dan dia saling mendendami
dia dan dia diam... terus menafikan..!!


dear my beloved blogger,
                  
               today I so sad.. kenapa? aku pon tak tahu.. tpi hati aku skit sgat bila aku bukak facebook tdi.. terlampau skit mcam kena cucuk ngan sembilu.. aku rsa teringin nak lari daripada  suma ni.. tpi mcam mna? kalau bleh aku nak hilang ingatan biar aku tak pernah rasa suma kesakitan ni!
               aku harap boleh mcam dulu dimana aku tak pernah kenal mana nama2 budak lelaki sebab dulu aku skolah perempuan.. tpi semuanya berubah bila aku masuk sekolah menengah.. aku harap aku tak pernah kenal dia dan suma geng dia.. aku rsa benci ngan suma ni.. benci dengan perasaan aku benci dengan diri aku yang cpat sgat mengalah..
              aku suka tlong kawan baek aku tpi disamping aku tlong dia.. hati aku skit.. skit sbb.. kwan aku tu bertuah sgat sbb rmai orang mnat kat dia.. aku cemburu dan rsa terpinggir.. rsanya dah berkali-kali aku ingatkan diri aku supaya.. hidup tak perlu fikirkan suma bnda remeh temeh tu tpi hati dan perasaan ni seolah-olah degil..! aku rsa nak menangis.. tpi menangis untuk apa? aku pon tak tahu.. aku bingung dan keliru.. hati kata benci tpi tiap hari diala yang aku cari dan berharap dpat tengok muka dia.. arghhhh! benci..
ingin jew rsanya nak jdi orang yang xda hati ataupon hati tu buta untuk mengenal apa makna menyukai dan menyintai dia.!